e-HappinessIndex: Sistem Pemantauan Indeks Kegembiraan Staf
Kebimbangan terhadap kesihatan mental di kalangan pekerja semakin meningkat di Malaysia. Statistik menunjukkan terdapat peningkatan kes bunuh diri dan masalah kesihatan mental di kalangan pekerja, khususnya golongan pekerja berumur 27 hingga 44 tahun. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Academica Press Solutions
2024-11-01
|
| Series: | Malaysia Journal of Invention and Innovation |
| Subjects: | |
| Online Access: | https://digit360.com.my/mjii/index.php/home/article/view/110 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kebimbangan terhadap kesihatan mental di kalangan pekerja semakin meningkat di Malaysia. Statistik menunjukkan terdapat peningkatan kes bunuh diri dan masalah kesihatan mental di kalangan pekerja, khususnya golongan pekerja berumur 27 hingga 44 tahun. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tidak terkecuali daripada isu ini, terutamanya dengan kebanyakan staf daripada generasi Y. Oleh itu, sistem e-HappinessIndex dibangunkan sebagai solusi untuk mengukur dan memantau kegembiraan serta kesejahteraan mental mereka. Sistem ini bertujuan untuk membentuk persekitaran kerja yang positif dengan memanfaatkan konsep Gross National Happiness (GNH). Melalui soalan-soalan yang merangkumi pelbagai aspek seperti (a) persekitaran di tempat kerja, (b) persepsi terhadap majikan, (c) hubungan dalam organisasi, (d) kemudahan dan kebajikan, (e) pembangunan kerjaya dan pengiktirafan, dan (f) domain psikologi, sistem ini memberikan gambaran holistik terhadap kegembiraan staf. Pendekatan ini dapat membantu pihak pengurusan mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan sewajarnya. Dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL, sistem ini membolehkan staf mengisi penilaian dan melihat hasil indeks kegembiraan mereka. Keputusan ini dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang bermakna untuk meningkatkan kesejahteraan staf. Kesimpulannya, sistem ini merupakan langkah proaktif untuk menjaga kesejahteraan mental pekerja di UPNM, dengan harapan dapat memberikan sumbangan positif terhadap pembinaan persekitaran kerja yang seimbang dan berdaya maju.
|
|---|---|
| ISSN: | 2976-2170 |