Sistem Pembahagian Pintar untuk Kumpulan Kuliah Pelajar (SmartAlSystem)

Sistem Pembahagian Pintar untuk Kumpulan Kuliah Pelajar (SmartAISystem) merupakan sistem berasaskan web yang dapat membuat proses pembahagian pelajar ke kumpulan mengikut kriteria-kriteria tertentu. Sistem ini merupakan satu penyelesaian untuk mengatasi masalah yang timbul daripada kaedah manual ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Dani Darwisy Azrol, Zuraini Zainol, Ummul Fahri Abdul Rauf, Muhammad Ammar Mat Beyi
Format: Article
Language:English
Published: Academica Press Solutions 2024-11-01
Series:Malaysia Journal of Invention and Innovation
Subjects:
Online Access:https://digit360.com.my/mjii/index.php/home/article/view/111
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Pembahagian Pintar untuk Kumpulan Kuliah Pelajar (SmartAISystem) merupakan sistem berasaskan web yang dapat membuat proses pembahagian pelajar ke kumpulan mengikut kriteria-kriteria tertentu. Sistem ini merupakan satu penyelesaian untuk mengatasi masalah yang timbul daripada kaedah manual yang digunakan oleh Pusat Asasi Pertahanan (PAP) UPNM. Penggunaan kaedah manual untuk mengendalikan data mentah pelajar yang diterima daripada Unit Pusat Universiti (UPU) cenderung untuk menimbulkan masalah kesilapan manusia. Selain itu, proses pembahagian ini mengambil masa yang lebih lama dari tempoh jangkaan penyediaan yang sepatutnya. Pembahagian pelajar mengikut kumpulan kuliah secara manual yang digunapakai sebelum ini memerlukan tenaga kerja yang ramai bagi mengurangkan kesilapan. SmartAISystem dibangunkan berdasarkan model Rapid Application Development (RAD). Sistem ini membolehkan staf melakukan pembahagian kumpulan kuliah pelajar secara sistematik di atas talian. Bagi perisian dan perkakasan, SmartAISystem menggunakan HTML, CSS dan JavaScript untuk membangunkan SmartAISystem. Selain itu, MySQL digunakan sebagai pangkalan data untuk menyimpan data, dan PHP berfungsi sebagai perantara yang mengawal pergerakan data di antara pangkalan data dan laman web. Secara keseluruhannya, pembangunan SmartAISystem dapat menyelesaikan masalah sedia ada, dan meningkatkan keupayaan serta kecekapan staf dalam membuat pembahagian kumpulan pelajar secara sistematik.
ISSN:2976-2170