Analisis Makna Denotatif dan Konotatif dalam Teks Sindir Badan

Pengkaji menganalisis makna denotatif dan konotatif dalam teks sindir badan di Negara Brunei Darussalam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti, mengkategorikan dan membandingkan makna denotatif dan konotatif dalam teks sindir badan. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan kuant...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hazanah Haji Morsidi, Mardina Hj Mahadi
Format: Article
Language:msa
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2024-12-01
Series:Jurnal Bahasa
Subjects:
Online Access:https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8943
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengkaji menganalisis makna denotatif dan konotatif dalam teks sindir badan di Negara Brunei Darussalam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti, mengkategorikan dan membandingkan makna denotatif dan konotatif dalam teks sindir badan. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini juga dilakukan secara beperingkat, iaitu mengikut langkah tertentu. Data teks sindir badan diambil daripada aplikasi media sosial, iaitu Instagram daripada akaun yang bernama @natartsya. Persoalan utama dalam kajian ini ialah cara membezakan antara makna denotatif dengan makna konotatif dengan berlandaskan Teori Segi Tiga Semiotik oleh Ogden dan Richard. Hasil Kajian mendapati bahawa teks sindir badan ini lebih banyak menggunakan makna konotatif berbanding dengan makna denotatif. Deskripsi dan huraian makna konotatif yang wujud disebabkan oleh imaginasi dan khayalan penutur menyebabkan makna konotatif berfungsi sebagai makna kiasan atau figuratif ketika menyindir supaya lebih sopan apabila berkomunikasi. Implikasi daripada hal ini ialah makna yang ingin disampaikan kadangkala tidak sampai kepada penerimanya. Kajian ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada pengkaji akan datang yang ingin menambah baik atau mengembangkan bidang semantik, malah dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam tentang isu terkini yang dapat dikaji pengisiannya dan menyebarkan kesedaran tentang isu sindir badan secara tidak langsung.
ISSN:1511-9084
2462-1889